Dilema aku dan PTPTN telah bermula sejak aku menandatangani perjanjian dengan mereka sekitar tahun 2000 dan berlarutan sehingga kini.
Lama dulu, bila aku masih belajar di MMU, masalah yang selalu timbul antara lain ialah kelewatan pembayaran. Tak lama dulu, bila aku baru mula bekerja, masalah yang timbul antara lain ialah aku tiada wang yang cukup untuk membuat pembayaran balik. Baru-baru ini, bila aku sudah agak mampu untuk membuat pembayaran balik, masalah yang timbul antara lain ialah aku sangsi dengan kaedah pembayaran yang begitu membebankan dan mencurigakan.
Baca 'Dilema Aku dan PTPTN' untuk feel yang lebih kaw sebelum baca perenggan-perenggan seterusnya.
Juga baru-baru ni, PTPTN melalui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata mereka akan turunkan caj perkhidmatan dalam sokkabar. Wah! Masa tu aku dah pasang angan-angan. Bolehlah aku hidup senang sikit walaupun sambil buat pembayaran balik PTPTN. Kalau betul kena gayanya, memang aku akan bayar hutang aku dengan PTPTN ni.
Masih baru-baru ni, kali ni PTPTN melalui Menteri Pengajian Tinggi sendiri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata caj PTPTN 1 peratus - Kadar baru berkuat kuasa 1 Jun lalu ringankan beban sejuta pelajar.
Pergh!
Ting tong sekejap bila aku baca sokkabar Utusan. Dua tiga kali aku baca. Dua tiga sokkabar lain aku selongkar. Kali ini betul-betul dia oarang buat. Betul-betul turunkan caj perkhidmatan. Betul-betul murah. Aku rasa macam nak kerat sokkabar Utusan tu buat frame. Gantung kat dinding buat pembakar semangat nak bayor utang. Angan-angan aku untuk hidup senang hampir menjadi kenyataan. Bolehlah aku tolong mak ayah aku lebih sikit. Bolehlah aku kahwin dengan mem aku awal sikit. Bolehlah itu. Bolehlah ini.
Tidur malam pun nyenyak je. Senyum pun dah lain macam je. Bak kate bos Jepun aku, 'You make a poka face today' (poker face).
Dekat semua orang aku cerita.
Jumpa mem, aku cerita: "Bi, PTPTN dah turun, boleh la kita start bayar".
Jumpa adik aku, aku cerita: "Wei, PTPTN dah turun. Dah murah skang. Jom bayar".
Jumpa member-member, aku cerita: "PTPTN dah turun, bila korang nak start bayar? Aku nak bayar ni."
Dekat ayah aku pun aku cerita: "Ayah tak payah risau. Lepas ni PTPTN mesti beres".
Semalam. Aku dapat pekeliling PTPTN. Katanya, "Perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan dengan Pengenaan 'Ujrah' atau Upah 1 Peratus Setahun Atas Kadar Rata"
Pergh!
Bukan main seronok. Macam budak-budak dapat main hujan. Dua tiga kali aku baca. Macam percaya tak percaya. Angan-angan aku bakal menjadi kenyataan. Manyak syiok.
Hari ni. Saja-saja aku baca baik pekeliling tu. Alih-alih ...
Menyirap darah aku!
Engkau orang nak tahu?
Aku bukan ingkar.
Aku tak mampu la bahlul.
PTPTN! Skang lu mau tolong lu tak mau tolong?
NOTA PANGLIPURLARA:
Aku dah agak dah. Ini hanya sandiwara semasa kerajaan. Sekadar sembang kosong politik. Nak tolong orang buat cara nak tolong orang. Tolong semua sekali. Bukan tolong bersyarat. Fikir nak untung je. Tak ihklas. Mereka ini tidak menolong langsung!
Damn it!

6 comments :
Hmm... first skali, aku rase ko kena track ko nyer expense. Ko record semua expense ko selama sebulan. Dgn outstanding CC skali.
Pastuh ko deduct amount tuh from Monthly Net income ko. Ada +ve lagi tak?
Kalu -ve, ko kena go through expenses ko, and eliminate or reduce. Pastuh kalau hutang CC ko banyak sgt, ko kena eliminate nih dulu. Interest rate 18% wooo.. Better amik PL and eliminate CC.
mfb: aku tak penah kene charge dengan CC sekali pun. every month aku bayar full amount before due the 21 day free interest period.
ini bukan masalah aku tak boleh bayar, ini masalah permbayaran balik yang MEMBEBANKAN dan MENCURIGAKAN.
baca ni. kau akan faham.
Aku tak de ambik loan PTPTN, jadi aku tak arif perihal bayaran balik. Cuma aku boleh teka berdasarkan entry ko. Tolong betulkan kalau salah.
Aku teka, macam ni. Katakan ko pinjam 80k. Tempoh bayaran balik ialah 20 tahun. Ni semua assumption aku. Mungkin PTPTN ada tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan mengikut jumlah pinjaman. Yang itu, ko lebih mengetahui.
Jadi, kalau 80k divide by 20 tahun, sebulan kena lah 333 camtuh. Pastuh tambah lak 3% caj, 2.4k tuh setahun or 200 sebulan. Jadi ko kena bayar around 550 sebulan lah yer?
Ke camne?
Yes, lebih kurang macam tu lah. I'm not aware of these kind of things when I signed the areement. Ye lah kan, budak 17 tahun+ punya descision making skill mane boleh pakai sangat.
I was trapped and I know I can't do anything about that.
So bila diorang kate diorang nak turunkan caj from 3% to 1% and recalculate semula, mmemang la best. Tapi bersyarat. Kata nak tolong rakyat. Tujuan penurunan ni pun antara lain adalah untuk memberi galakan kepada peminjam-peminjam terdahulu untuk memuat pembayaran. Tapi perkara 8.1 tu macam tak membantu je. Dah tentulah peminjam-peminjam bermasalah ni dah kena tindakan mahkamah semua tu.
Tak paham aku polisis kerajaan ni.
Aku tak menyokong PTPTN. Tapi aku cuma nak fahami 3% tuh. Secara ideal nyer, kalau kita pinjam 80k, kita pulang 80k. Tapi ini tidak realistik, sbb time value of money.
Duit 80k skang kita pinjam, kalau 20 tahun lagi kita pulang 80k, rugi laa org yang bagi pinjam tuh. sbb tak sama kuasa beli 80k tuh pada 20 tahun akan dtg.
Jadi, cuba kita cuba perbaiki sistem ptptn nih. Kita tak perlu tgk jauh-jauh, cuba kita tgk penjajah kita.
Kat negeri org putih tuh diorg nyer student loan ada interest, tapi interest die according to inflation. Maknenya, kalau inflasi 4%, kena bayar balik pon interest 4%. Cara nih, peminjam tak rugi, pemberi hutang pon tak rugi. Islam kan adil, tak leh menindas peminjam, dan tak boleh juga memudaratkan pemberi hutang.
Camne pulak kalau peminjam tak cukup duit? Islam kata jangan menindas org miskin. Tapi Islam pon kata kalau hutang wajib bayar. Jadi apa kata kita tiru jugak sistem penjajah. Katakan kita letak satu kadar gaji minimum yang mana, sekiranya gaji peminjam tak melebihi tahap gaji minimum ini, die tak perlu bayar dulu. Lepas dapat gaji lebih dari gaji minimum nih, baru start bayar balik.
Contoh begini: Katakan kita tetapkan jumlah gaji minima untuk bayar balik ialah 20k setahun. Peminjam yang tak dapat gaji lebih dari 20k setahun, tak perlu bayar lagi. Cara nih, tak membebankan peminjam dan pemberi pinjaman pon dapat pahala sbb belas kasihan.
Aku percaya, takde peminjam yang nak keep income die less than 20k semata-mata sbb tak nak bayar PTPTN.
Camne pulak dgn yang gaji puluhan ribu lebih dari tahap gaji minimum tapi tak mau bayar? Kita paksa die bayar lah, caranya: kita potong gaji die secara sistematik melalui income tax. Sekarang nih kan semuanya elektronik belaka. Mesti boleh kan?
Selain dari tuh, PTPTN perlu juga beri bantaun kaunseling kepada peminjam yang liat nak bayar. Mungkin mereka kurang pandai menguruskan wang. Bolehlah buat kerjasam dgn AKPK. Orang AKPK pandai bab pengurusan kewangan, percuma je servis mereka nih.
Bukan apa, duit PTPTN tuh kan dari duit tax rakyat jelata. Kalau kita tak bayar, sapa yang rugi?
Pertama, kita sendiri sbb kita hutang tak bayar, dapat dosa, byk pulak tuh dosa, sbb kita pinjam dari pembayar tax iaitu rakyat Malaysia, ramai tuh kita berdosa dgn.
Kedua, generasi akan datang, Sbb, kalau ramai tak bayar, mana lagi PTPTN nak cekau duit nak bantu anak muda lain?
Apa pendapat?
sedih aku baca kisah PTPTN ko nih.tapi ada betulnya cakap mfb tu.mungkin ada sebab.tetapi kerajaan tak patut cakap/janji mcam tu.buat orang sakit hati.harapan palsu.aku nak kutuk-kutuk pun aku makan duit kerajaan jugak.kah3.
Post a Comment