Monday, October 6, 2008

#13 - Ampun

Pergh! 

Lama betul aku tak tulis apa-apa. Nak kata kurang idea; idea banyak. Nak kata tak cukup masa; masa ada je. Nak kata tak berapa rajin, tak pula rasa malas. Kerja-kerja yang menimbun dekat office ni siap je semua. 

Yang sebenarnya aku busy. Tenggelam dalam kesibukan hidup. Sibuk di pejabat. Sibuk berpuasa. Sibuk berniaga. Sibuk bercinta. Sampai kadang-kadang tu tak cukup nafas. Masa yang tinggal habis buat qada' tidur je.

Apa-apa hal pun, sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, aku nak ambil kesempatan untuk memomohon ampun dan maaf daripada engkau orang semua. Tak kira lah kalau-kalau aku pernah buat salah ke, tak buat salah ke, kat engkau orang. Kepada siapa-siapa yang aku ada hutang tu, aku tak la nak mintak halal. Kalau ada tu tolong beritahu. Kot-kot aku terlupa nak bayar. Tapi kalau nak kira halal pun terbaik. Aku tak kesah.

Semoga Hari Raya tahun ni membawa kesenangan kepada engkau orang semua.

NOTA PANGLIPURLARA:
Siapa-siapa (umur 5 tahun ke bawah dan 55 tahun ke atas, lelaki atau perempuan) yang rasa nak duit raya boleh la minta kat aku. Aku terasa nak beri pulak tahun ni. Aku ikhlas ni. 

2 comments :

Unknown said...

saya umur ampat tahun! nak duit raya pls :D

lumachroma said...

dik, kenape dik bagi kad pengenalan ni dik? budak-budak 4 tahun tak pakai kad pengenalan, diorang pakai surat beranak dik.