Wednesday, April 15, 2009

#28 - Semangat Yang Hilang

Semalam Rampwalk Remo pergi pasar malam. Letaknya di Fasa 1 Bandar Baru Bangi. Orang kata itu pasar malam yang paling besar di Bangi. Rampwalk Remo kata, itu orang kata. Dia tak tahu. Di kampung halamannya tak ada pasar malam begini. Yang ada cuma pasar biasa. Yang lebih kecil. Lebih kotor. Dibuka setiap hari (hampir setiap masa). Cumanya barang-barang yang dijual di pasar malam sini dan pasar sana hampir sama.

Pasar malam di Bangi memang 'panjang' dan banyak kedainya. kalau jalan kaki dari hujung ke hujung, campur bersesak-sesak dengan pengunjung-pengunjung lain, memang penat. Boleh berpeluh. Tujuan dia ke situ untuk beli makan malam. Hari-hari makan lauk masak sendiri memang bosan. Sekali-sekala mahu merasa makanan tempatan. Lagipun orang kata makanan di pasar malam murah. Rampwalk Remo kata, itu orang kata. Dia rasa tidak. Harga makanan di gerai Pak Usop Lotong pun lebih kurang harganya. Mungkin orang Malaysia 'perasan' saja walhal harga barang dapur di pasar malam sama dengan harga barang di Tesco Kajang.

Berjalan kaki dari hujung ke hujung pasar malam mengambil masa dalam 20 minit. Daripada pengamatan Rampwalk Remo ada lebih-kurang 5 kedai sup mi, 5 kedai nasi beriyani, 5 kedai nasi ayam, 5 kedai apam balik, 5 kedai burger, 5 kedai ayam percik, 5 kedai yong tau fu, 10 kedai air minuman dan macam-macam kedai. Dia fikir, orang malaysia memang 'pandai' berniaga. Sudah puas melihat-lihat, Rampwalk Remo bejalan kaki dari hujung ke hujung pasar malam lagi. Tadi hanya untuk melihat-lihat dan membanding-banding. Sekarang sampai masa untuk membeli.

Ramwalk Remo singgah di kedai sup mi yang paling meriah dan paling ramai pelanggannya. Dia pesan satu sup mi ayam dibungkus. Selang dua kedai, Ramwalk Remo nampak rakan serumahnya beli sup mi di kedai lain. Kemudian dia beli jagung dalam cawan yang dia agak paling menarik rupa jagungya diantara 5 kedai jagung yang ada. Bertentangan, dia nampak rakan serumahnya pun beli jagung dalam cawan. Mungkin rakan serumahnya fikir jagung dalam cawan di kedai yang itu nampak lebih menarik. Sebelum pulang, Rampwalk Remo singgah di kedai air minuman. Dia pesan air limau nipis campur asam masin untuk di bungkus. Bungkus dalam plastik lebih banyak kuantitinya dari yang dalam cawan. Kali ini rakan serumahnya beli air jagung di kedai yang sama.

Sampai dirumah. Rampwalk Remo dan rakan serumahnya duduk bersila di ruang tamu. Siap pasang televisyen. Siap bentang tikar. Semua makanan dan minuman nampak sedap.

Makan.

Lima minit kemuian.

Tak sedap pun?
Sup mi tak berasa. Jagung dalam cawan tawar. Air limau nipis campur asam masin terlampau manis.
Kalau begini lebih baik masak di rumah.

Orang Malaysia memang 'tak pandai' berniaga.
Macam dah tiada semangat.
Macam tak tahu malu jual barang yang tak bagus. Harga pun mahal.
Orang berniaga, dia pun nak berniaga.
Fasal kualiti barang tak pernah nak ambil kesah.
Tahu nak untung saja.
Halal haram tolak tepi. Dosa pahala tak ambil peduli.
Kalau di kampung halamannya mesti dah tutup kedai.
Kalau begini pasar di kampung halamannya lebih baik.
Walaupun kecil, walaupun kotor, tapi peniaganya semua beretika.
Masing-masing berlumba-lumba nak majukan perniagaan.

Malaysian entrepreneur have no morale and spirit.
Poodah Chait!

Monday, April 13, 2009

#27 - Kenapa Aku Rasa Berat Badan Aku Naik Walaupun Aku Susah Nak Cari Makan?

Sudah genab satu minggu aku tak dapat makan daging lembu, daging kambing dan daging ayam. Apalagi nasi beriyani. Dalam mimpi pun belum tentu.

Setiap kali makan tengah hari dan makan malam; menunya sentiasa sama. Ikan, udang, sotong, belut dan ulang semula. Kuantiti lauk pun sedikit. Hanya secebis. Ikan, udang, sotong, belut dan ulang semula. Semuanya terasa kicap manis, kicap masin, kicap masam dan segala macam kicap. Bosan weh!

Waktu-waktu begini, akan terkenang betapa kita semua sebenarnya lemah. Macam mana Mat Fit ketagih gam, macam tu juga aku ketagih beriyani gam.

Hujung minggu lepas aku dapat 'obat'. EBI Filet-O, Fish-O Filet dan ulang.
Ya. Ulang semula. Kali ini untuk lunch dan dinner, termasuk supper.

Hidup seperti sudah lengkap dan dunia terasa sangat indah selepas itu.