Tuesday, November 4, 2008

#16: Apa Yang Kalau Naik, Tak Turun-Turun Dah?

Malam semalam. Genap umur aku dua puluh enam tahun. Malam semalam. Genap empat belas tahun aku hisap rokok. Dan. Malam semalam. Baru aku sedar. Rokoklah kawan aku yang paling rapat sekali. Bila aku gembira, mesti aku hisap rokok. Bila aku sedih, rokok mesti kena hisap. Sebelum tidur, hisap rokok dulu. Bangun tidur, kalau tak hisap rokok tak sah. Kemana aku pergi, rokok mesti ikut. Tak kira bila senang atau bila susah, rokok mesti ada. Setia. Aku dengan rokok dah macam isi dengan kuku. Macam aur dengan tebing. Kira mat saleh cakap, best friend lah.

Malam semalam. Tepat jam dua belas. Dalam bilik. Rokok yang teman aku.

So sekarang, cuba engkau orang bilang sama aku, macam mana aku nak quit merokok?

NOTA PANGLIPURLARA: Selamat ulang tahun ke-empat belas rokok. Semoga panjang umur. Murah rezeki.

8 comments :

yoshz said...

wah wah happy bday tong!

Encik Bibir said...

dlm jamban pon rokok teman kn? aku tau

Ami Schaheera said...

:(

Pherry Clucker said...

yoshz: Thanks. Wa dah tua beb. Tapi lu tua lagi. Hahaha.
encik bibir: Aku tau, kau pun sama. Hahaha.
ami schaheera: Why so sad my dear?

pipiyapong said...

gua kadang kadang berus gigi sambil hisap rokok..

Pherry Clucker said...

pipi: pergh. mesti rasa macam sial.

Ferdows said...

Selamat Hari Lahir Encik Pherry!
26 dah rupanya:D

Pherry Clucker said...

aku tak se'tua' yang engkau sangkakan. hehehe.
thanks for the wish.