Helo gadis-gadis jelita dan makcik-makcik rupawan mahupun jejaka-jejaka tampan dan pakcik-pakcik kacak. Tahukah kamu tentang cara-cara pemanduan berhemat semasa memandu di bulatan (roundabout)?
Boleh kata setiap hari mulut aku ni, automatik je nak menyumpah seranah bila sampai dekat bulatan Seksyen 15 (PLUS Exit Bangi). Macam gampang.
Disebabkan kebodohan mereka ini, duit kocek aku pula yang habis. Dan kedunguan mereka ini juga boleh membahayakan orang lain. Kalau kau bodoh, kau kemalangan sorang-sorang tak mengapa. Tapi kalau kau bodoh, kau kemalangan sekali dengan orang lain memang sial kan?
Bulatan standard mesti sekurang-kurangnya ada dua lorong. Satu di dalam dan satu di luar. Kalau kamu pandu suku bulatan, kamu boleh guna lorong luar. Selain daripada itu kamu kena guna lorong dalam. Kiranya, kalau hendak ke simpang kiri sahaja boleh guna lorong luar. Kalau hendak terus, ke simpang kanan atau pusing balik, guna lorong dalam. Ini tidak, macam operator Bangla pergi kantin waktu rehat. Berterabur.
Bila sistem mudah ini tidak diikut, maka keadaan bulatan itu akan menjadi kucar-kacir. Kelicinan pemanduan akan terganggu. Kemalangan boleh berlaku.
Masalahnya bukan seorang dua yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Hampir semua main hentam je. Main masuk je. Asalkan boleh. Gila. Boleh kata setiap minggu ada kemalangan dekat bulatan Seksyen 15 ni.
Takkan benda ni pun masa di sekolah memandu tak belajar? Aku yang belajar memandu di Teluk Intan pun tahu benda simple ni. Teluk Intan mana ada bulatan.
Kepada pengguna-pengguna jalanraya, sila memandu dengan betul semasa di bulatan. Kepada pembikin-pembikin iklan, sila buat iklan yang canggih-canggih untuk educate mereka yang uneducated ini. Semoga mesej aku sampai.
NOTA PANGLIPURLARA: Letih memandu di KL ni.
4 comments :
woh. jgn marah diorang. dekat pusat latihan memandu cuma ada bulatan kecik satu lorong. ni semua pahamin rajab punya pasal la!!
beb ko patut dtg s.alam drive dlm roundabout yg ade traffic light...lagi horror
ye..ye...! Masih mengalami keraguan..dan Xfhm apekah tujuannye traffic light tu sbnrnye!
maaf menyampuk!
Yash. Welcome. Traffic light tu dibuat khas untuk mendisiplinkan pengguna-pengguna jalanraya yang tak berdisiplin. Konsep traffic light tu dah betul, tapi perlaksanaannya tak berapa betul sangat.
Post a Comment