Sunday, August 31, 2008

#12 - Merdeheka

Dah merdeka dah ke?
Macam tak merdeka pun?
Tak banyak bendera berkibar pun?

Tahun-tahun lepas...

Boleh kata semua kereta-kereta dekat Kolumpo ni pasang bendera.
Siap ada yang rentang bendera atas bonet kereta.
Rentang atas bumbung kereta.
Motorsikal pun ikut pasang sama.
Memang bersepahlah bendera merata-rata.
Kiri. Kanan. Depan. Belakang. Atas. Bawah.
Pandang saja.
Mesti ada bendera.

Tahun ini...

Kiri. Kanan. Depan. Belakang. Atas. Bawah.
Pandang saja.
Belum tentu ada bendera.
Harapkan sekolah dengan kedai mamak je yang kibar.
Kedai lain semua buat tak tahu saja.
Kalau ada pun, bendera yang memang tahun lepas punya.
Dah naik lusuh dah.

Ni apa cerita orang Malaysia tak pasang bendera ni?
Hari merdeka lah!

Minyak naik harga, bendera naik harga juga agaknya?
Minyak dah turun harga, bendera masih tak turun harga lagi?

Damn it!

NOTA PANGLIPURLARA:
Satu je yang sama. Hari merdeka tetap cuti umum. Bendera tak bendera ... meriah tak meriah. Cuti tetap cuti. Enjoy the holiday!

2 comments :

Akmal said...

"penaakulan mantik"...btul la murid kesayangan yoong kwee soon ko ni thonk..hahaha

Pengejar Masa said...

makna merdeka ialah cuti. itulah jawapan yang jujur.
sapa yang jawab bebas dari segi mental, kesyukuran kebebasan tu just nak masuk Tv atau poyo nak mampos.