Wednesday, June 25, 2008

#5 - Matematik Gagalkan Aku (buat kali yang keseratus lebih)

Selepas baca entri pipiyapong yang buat aku ketawa pecah perut, aku teringat. Dulu aku pernah ketawa macam ni. Baru aku sedar, bukan ilusi optik saja yang wujud, ilusi minda pun ada.

Lewat malam itu, aku dan kawan-kawan baru habis tengok wayang. Cerita apa, aku tak ingat. Badan sejuk. Perut lapar. Tak tahu siapa punya idea, tahu-tahu semua dah bergerak menuju ke Hartamas. Punya susah nak parkir dekat Hartamas ni, pusing-pusing sepuluh kali belum tentu jumpa. Last-last jumpa parkir depan Burger King. Perut memang dah berbunyi. Burger pun jadilah.

Budak-budak ni kalau order, nafsunya mengalahkan singa lapar, duitnya macam tauke balak baru dapat laba. Makan macam syaitan. Makan punya makan, sembang punya sembang tiba-tiba Manjit buka cerita:

Ada tiga orang sahabat. Pergi makan di restoran. Dah habis makan, yang seorang ni panggil pelayan untuk minta bil.

"Dik, kira ni dik", sambil cungkil gigi.
"Dua puluh lima bang", jawab sipelayan tadi.

Masing-masing keluarkan seorang sepuluh ringgit. Tak lama kemudian, sipelayan datang dengan baki lima ringgit di tangan.

"Susah nak kira ni", kata yang cungkil gigi tadi.
"Macam ni lah".
"Adik ambil dua ringgit buat tips".
"Pulangkan tiga ringgit kat kami", kata yang seorang lagi. Menyelesaikan masalah. "Nah, ambil baki seorang seringgit".

Tadinya setiap seorang yang menyumbang 10 ringgit, dapat baki seorang seringgit. Jadinya tiga sahabat tadi dah belanja 9 ringgit setiap seorang.

Soalannya; setiap seorang keluarkan duit 9 ringgit. 9 ringgit darab 3, jumlahnya 27 ringgit. 2 ringgit dah bagi pelayan buat tips. Baru 29 ringgit. Mana lagi seringgit?


Fikir punya fikir sampai bingung. Soalan ni buat aku tak lalu makan. Aku ketawa pecah perut bila Manjit bagi jawapan. Lepas tu, sambung balik makan. Mushroom Swiss Double. Mana boleh bazir.

7 comments :

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi..!! mana lagi seringgit? gua pun lemah juga matematik ni..

redza said...

betulla tu.. harga makanan campur tips.. 25 + 2 = 27 .. /3 = 9. sorang dapat balik singgit.. manade ilang singgit nye.

lumachroma said...

pipi: redza dah tolong jawab dah.

redza: kau kene ade kat tempat kejadian. baru kau terkena ilusi tu.

kitschkid said...

Alamak, macam mana ni.. Tak faham!

lumachroma said...

shuz: Part mana yang you tak faham?

yoshz said...

Urgh...taktik lama la ni tong.

Die create satu persamaan linear, kemudian satu lagi persamaan linear yg lain. Berdasarkan jalan cerita yg sama, variable yg sama.Kemudian tunjuk kedua2 persamaan tu tak sama.

Mmg leceh. pasal tu doktor mahathir tukar sains dan matematik dlm BI.

lumachroma said...

yoshz: Dr. Mahathir tu doktor.