... pada 17 Mei 2010 awal pagi
Dalam hujan renyai-renyai, jam lebih kurang pukul 3 setengah pagi, kami bergerak ke Hospital Ampang. Aku cakap pada Salmi:
Dalam hujan renyai-renyai, jam lebih kurang pukul 3 setengah pagi, kami bergerak ke Hospital Ampang. Aku cakap pada Salmi:
"Bee, everything gonna be just fine. It's okay. Awak tidur dulu."
Sebenarnya aku bukannya tahu sangat Hospital Ampang ni celah mana. Nasib baik ada Garmin. Kalau tak memang tak sampailah jawabnya. Bangunannya dari jauh tak nampak macam hospital langsung. Macam apartment saja gayanya. Lagipun memang banyak apartment dan flat keliling hospital tu. Siap ada McDonald's lagi bertentangan dengan hospital. Lepas puas mencari parkir last-last jumpa satu parking spot yang letaknya di luar pagar betul-betul berhadapan dengan unit kecemasan.
Bila aku sudah parkir kereta baik-baik, sudah capai handphone dan wallet apa semua, aku kejutkan Salmi yang sedang tidur. Muka Salmi pucat betul.
Aku pegang tangan Salmi yang sejuknya bukan main dan goyangkannya perlahan-lahan.
"Bee kita dah sampai. Jom?"
Salmi, buka mata perlahan-lahan sambil menjeguk ke luar tingkap kereta.
"Kita kat mana ni? Dah sampai dah ya?"
Dari dalam kereta, kami memandang ke arah pintu utama unit kecemasan yang terang benderang itu.
"Ha'ah, dah sampai. Bee dah ready?"
Selepas Salmi membetul-betulkan rambut dan bajunya lebih kurang, dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Jom."
Aku memimpin tangan Salmi. Sama-sama kami berjalan dari tempat parkir yang lengang ke arah pintu kaca yang ramai orang disebaliknya. Angin bertiup perlahan tapi cukup untuk memberi kesejukan kepada kami yang berjalan pagi-pagi buta tanpa payung ketika hujan masih renyai-renyai itu. Hati aku berdebar-debar.Risau, runsing, keliru, macam-macam.
Kami terus mendaftar di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftar dan diberi nombor giliran kami duduk di bangku panjang. Ada beberapa kumpulan orang sedang menuggu juga. Seorang wanita cina dengan anak perempuannya duduk di bangku sebelah kami. Seorang pemuda melayu sedang membaca majalah di ruangan membaca. Makcik bercermin mata dan suaminya sedang bersembang. Tiga sekeluarga, tak pasti keturunan apa, mungkin pendatang, juga sedang menuggu sambil berdiri. Salmi terlentok di bahu aku. Aku tahu dia penat dan mengantuk. Aku juga penat, mengantuk dan runsing.
Selang beberapa minit, nama Salmi dipanggil. Mujur orang ramai yang sedang menunggu sebenarnya sedang menunggu ubat. Kami pun masuk ke bilik doktor. Doktor muda berketurunan cina itu dengan sopan menjemput kami masuk dan mempersilakan kami duduk. Tak begitu susah untuk aku yakinkan doktor supaya membuat ujian darah (seperti arahan doktor sebelumnya) kepada Salmi. Demam berpanjangan selama 2 minggu, sakit gigi dan bengkak di kaki sudah memadai untuk membuatkan doktor itu bersetuju. Lagipun kami ada surat doktor dari klinik yang mengarahkan kami berbuat demikian.
Doktor itu cuma bertatanya satu soalan kepada kami:
"Why did you come here all the way from your place? Why didn't you go to the hospital near there?"
Tapi, takkanlah aku hendak beritahu doktor ini yang doktor sebelumnya yang suruh dan recommend kami datang sini? "We are so sorry doctor. We did but both hospitals near our place were full with people. Perhaps the rainy night had caused many road accidents."
Tanpa memanggil jururawat, doktor itu sendiri yang mengambil darah Salmi. Salmi menyinsing lengan baju. Sekali lagi darahnya disedut oleh doktor dengan picagari. Tenang dan bersahaja. Walaupun muda, doktor itu agak berpengalaman. "I reckon your wife's blood is a little bit cair."
Ya, doktor itu sebut 'cair'. Darah selalunya nampak merah dan pekat kehitaman, tetapi darah Salmi hanya merah dan tak pekat warnanya. Ini adalah tabung darah yang ke-3 diambil daripada Salmi sepanjang 5 jam malam itu. Sudah tentu something wrong berlaku kepada *darahnya.
Bila dah selesai, doktor itu kata dia akan hantar darah Salmi ke makmal. Ujian darah akan mengambil masa 2 jam untuk siap sepenuhnya. Disebabkan Salmi masih boleh berjalan dan doktor itu tahu yang Salmi masih belum makan semenjak malam tadi (sebelum doktor ambil darah dia ada tanya fasal makan), dia suruh aku bawa Salmi pergi makan sambil menuggu keputusan ujian darah. Tak perlu berehat di katil. Katanya selepas 2 jam kami disuruh datang semula berjumpa dengannya di bilik yang sama.
Kami pergi semula ke kereta. Aku suggest kami makan di kedai mamak berhampiran supaya mudah untuk datang kembali.
"Bee, kita pergi makan mamak belakang tu. Bee orderlah apa-apa. Mee goreng ke, nasi goreng ke. Kita makan puas-puas. Lepas makan, kita tidur dalam kereta sambil tunggu keputusan okay?"
Salmi yang dari tadi penat dan tak banyak bercakap hanya menganggukkan kepala.
"Okay."
Sambil drive ke kedai mamak aku bersuara untuk memecah kebuntuan suasana ketika itu:
"Sabar ya Bee. We'll pray for the good result. God help us."
***bersambung...
*akhirnya kami tahu bahawa darah salmi 'cair' kerana kandungan darah putih terlalu tinggi menyebabkan kandungan darah merah, hemoglobin dan platelet secara automatik merosot, lalu darah menjadi 'cair'.
1 comment :
WakThong,
ada kat spital lagi ka?,
nanti InsyaAllah gua try ejas dgn tat pegi sana..
Selamat puasa woii.
Post a Comment