Saturday, December 4, 2010

#38 - Ami; Pahlawan Kucing Melawan Kanser


Ami the Cancer-fighting Cat by Moon HMZ, December 1, 2010. 
She said "I made this drawing for Ami a.k.a sputniksweetheart to show my support :)"

Sebagai seorang pesakit kanser, Ami sangat tabah. Melawan kanser bukanlah satu perkara mudah. Ia membabitkan nyawa. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kegigihan yang konsisten untuk terus 'berperang' dengan kanser. Rawatan kanser seperti kemoterapi (Chemotherapy) dan transplantasi (Bone Marrow Transplant) adalah rawatan yang menyakitkan dan membawa sengsara.

Kesan-kesan sampingan daripada rawatan kanser sangat dasyat. Anemia, jangkitan penyakit, kelesuan, kemurungan, keguguran rambut, hilang selera makan, mual, muntah dan masalah kesuburan adalah kesan-kesan sampingan yang rutin bagi pesakit-pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi. Bahkan ada pakar berpendapat kemoterapi itu kesan sampingannya boleh menyebabkan kanser. Bayangkan ubat kanser itu sendiri juga boleh menyebabkan kanser!

Tapi kalau tak dipecahkan ruyung; manakan dapat sagunya. Usaha itu tangga kejayaan.

Berkat kesabaran dan usaha yang gigih, juga doa yang berpanjangan, Ami sudah hampir sembuh. Penyakit kanser Ami telah mereda. Ami kini berada pada tahap remission. Rawatan susulan selepas ini mungkin lebih bersifat pencegahan supaya kansernya tidak datang semula atau relapse.

Peluang untuk sembuh sama sekali sudah ada harapan. Alhamdulillah.

Sepanjang hampir enam bulan kami kombat kanser ini, bukan Ami seorang sahaja yang perlu berusaha. Orang-orang sekeliling juga harus diberi kredit. Doktor-doktor dan para jururawat yang telah bertungkus-lumus membantu Ami. Orang-orang seperti suami, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, teman-teman dan sahabat-handai juga memainkan peranan penting dalam survivorship Ami.

For those who pray and care for her, those who call and come visit, those who support and donate money, we appreciate your kindness, concern and wishes.

Lets pray for her speedy recovery.

Kepada mereka yang berdoa dan mengambil berat untuk Ami, mereka yang bertanya khabar dan datang melawat, mereka yang menyokong dan menyumbangkan wang, aku dan Ami sangat-sangat menghargai kebaikan, perhatian dan ucapan selamat anda semua.

Doakan Ami ya.

Wednesday, November 10, 2010

#37 - Perihal Menaggal Stiker Road Tax (Lesen Kenderaan Motor)

Ya, mencabut stiker road tax kereta adalah satu pekerjaan yang sangat madefaker sekali. Lebih fakap daripada menanggung derita sakit cirit-birit.

Kamu-kamu semua yang mempunyai idea untuk mempermudahkan pekerjaan menanggalkan road tax kereta ini secara mantap, kemas dan cantik, sila kemukakan.

Tolong.

Tuesday, August 10, 2010

#36 - Niat Puasa Ramadhan

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.


Lafaz niat untuk sebulan

Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat puasa yang sempurna

Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Doa berbuka puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M
Selamat Menunaikan Ibadah puasa. Marhaban yaa Ramadhan.

Thursday, August 5, 2010

#35 - Leukemia: Diagnosis [pt. 2]

... pada 17 Mei 2010 awal pagi

Dalam hujan renyai-renyai, jam lebih kurang pukul 3 setengah pagi, kami bergerak ke Hospital Ampang. Aku cakap pada Salmi:

"Bee, everything gonna be just fine. It's okay. Awak tidur dulu."

Sebenarnya aku bukannya tahu sangat Hospital Ampang ni celah mana. Nasib baik ada Garmin. Kalau tak memang tak sampailah jawabnya. Bangunannya dari jauh tak nampak macam hospital langsung. Macam apartment saja gayanya. Lagipun memang banyak apartment dan flat keliling hospital tu. Siap ada McDonald's lagi bertentangan dengan hospital. Lepas puas mencari parkir last-last jumpa satu parking spot yang letaknya di luar pagar betul-betul berhadapan dengan unit kecemasan.

Bila aku sudah parkir kereta baik-baik, sudah capai handphone dan wallet apa semua, aku kejutkan Salmi yang sedang tidur. Muka Salmi pucat betul.

Aku pegang tangan Salmi yang sejuknya bukan main dan goyangkannya perlahan-lahan.
"Bee kita dah sampai. Jom?"

Salmi, buka mata perlahan-lahan sambil menjeguk ke luar tingkap kereta.
"Kita kat mana ni? Dah sampai dah ya?"

Dari dalam kereta, kami memandang ke arah pintu utama unit kecemasan yang terang benderang itu.
"Ha'ah, dah sampai. Bee dah ready?"

Selepas Salmi membetul-betulkan rambut dan bajunya lebih kurang, dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Jom."

Aku memimpin tangan Salmi. Sama-sama kami berjalan dari tempat parkir yang lengang ke arah pintu kaca yang ramai orang disebaliknya. Angin bertiup perlahan tapi cukup untuk memberi kesejukan kepada kami yang berjalan pagi-pagi buta tanpa payung ketika hujan masih renyai-renyai itu. Hati aku berdebar-debar.Risau, runsing, keliru, macam-macam.

Kami terus mendaftar di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftar dan diberi nombor giliran kami duduk di bangku panjang. Ada beberapa kumpulan orang sedang menuggu juga. Seorang wanita cina dengan anak perempuannya duduk di bangku sebelah kami. Seorang pemuda melayu sedang membaca majalah di ruangan membaca. Makcik bercermin mata dan suaminya sedang bersembang. Tiga sekeluarga, tak pasti keturunan apa, mungkin pendatang, juga sedang menuggu sambil berdiri. Salmi terlentok di bahu aku. Aku tahu dia penat dan mengantuk. Aku juga penat, mengantuk dan runsing.

Selang beberapa minit, nama Salmi dipanggil. Mujur orang ramai yang sedang menunggu sebenarnya sedang menunggu ubat. Kami pun masuk ke bilik doktor. Doktor muda berketurunan cina itu dengan sopan menjemput kami masuk dan mempersilakan kami duduk. Tak begitu susah untuk aku yakinkan doktor supaya membuat ujian darah (seperti arahan doktor sebelumnya) kepada Salmi. Demam berpanjangan selama 2 minggu, sakit gigi dan bengkak di kaki sudah memadai untuk membuatkan doktor itu bersetuju. Lagipun kami ada surat doktor dari klinik yang mengarahkan kami berbuat demikian.

Doktor itu cuma bertatanya satu soalan kepada kami:
"Why did you come here all the way from your place? Why didn't you go to the hospital near there?"

Tapi, takkanlah aku hendak beritahu doktor ini yang doktor sebelumnya yang suruh dan recommend kami datang sini? "We are so sorry doctor. We did but both hospitals near our place were full with people. Perhaps the rainy night had caused many road accidents."

Tanpa memanggil jururawat, doktor itu sendiri yang mengambil darah Salmi. Salmi menyinsing lengan baju. Sekali lagi darahnya disedut oleh doktor dengan picagari. Tenang dan bersahaja. Walaupun muda, doktor itu agak berpengalaman. "I reckon your wife's blood is a little bit cair."

Ya, doktor itu sebut 'cair'. Darah selalunya nampak merah dan pekat kehitaman, tetapi darah Salmi hanya merah dan tak pekat warnanya. Ini adalah tabung darah yang ke-3 diambil daripada Salmi sepanjang 5 jam malam itu. Sudah tentu something wrong berlaku kepada *darahnya.

Bila dah selesai, doktor itu kata dia akan hantar darah Salmi ke makmal. Ujian darah akan mengambil masa 2 jam untuk siap sepenuhnya. Disebabkan Salmi masih boleh berjalan dan doktor itu  tahu yang Salmi masih belum makan semenjak malam tadi (sebelum doktor ambil darah dia ada tanya fasal makan), dia suruh aku bawa Salmi pergi makan sambil menuggu keputusan ujian darah. Tak perlu berehat di katil. Katanya selepas 2 jam kami disuruh datang semula berjumpa dengannya di bilik yang sama.

Kami pergi semula ke kereta. Aku suggest kami makan di kedai mamak berhampiran supaya mudah untuk datang kembali.

"Bee, kita pergi makan mamak belakang tu. Bee orderlah apa-apa. Mee goreng ke, nasi goreng ke. Kita makan puas-puas. Lepas makan, kita tidur dalam kereta sambil tunggu keputusan okay?"

Salmi yang dari tadi penat dan tak banyak bercakap hanya menganggukkan kepala.

"Okay."

Sambil drive ke kedai mamak aku bersuara untuk memecah kebuntuan suasana ketika itu:

"Sabar ya Bee. We'll pray for the good result. God help us."

***bersambung...

*akhirnya kami tahu bahawa darah salmi 'cair' kerana kandungan darah putih terlalu tinggi menyebabkan kandungan darah merah, hemoglobin dan platelet  secara automatik merosot, lalu darah menjadi 'cair'.

Monday, August 2, 2010

#34 - Leukemia: Diagnosis [pt. I]

... sekitar 1 Mei hingga 15 Mei 2010

Salmi demam-sembuh-demam-sembuh tak henti-henti.
Demam, pergi klinik, ambil ubat, sembuh.
Ubat habis, demam, pergi klinik, ambil ubat, sembuh.
Terus-menerus begitu selama 2 minggu.

Dalam 2 minggu itu, dalam pada demam, selalu Salmi sakit gigi. Bila pergi ke kinik gigi, doktor gigi buat rawatan tampal gigi dan scaling gigi. Sakit gigi beransur sembuh. Selepas itu, pernah sekali, dalam 2 minggu itu juga, kaki Salmi bengkak macam terseliuh. Bila pergi klinik, doktor kata bukan terseliuh. Ada bisul atau jangkitan kuman katanya dekat kaki tu. Selepas makan ubat yang doktor beri, bengkak kaki tu terus sembuh. Tapi, demam masih demam.

Dalam 2 minggu itu sahaja, 6 kali kami pergi ke klinik.


... pada 16 Mei 2010 lewat malam

Kali terakhir kami pergi klinik, sebab Salmi demam. Doktor ambil darah Salmi untuk buat ujian darah. Katanya sebab dah selalu sangat demam. Itu pun selepas aku complaint ubat doktor macam tak berkesan. Bila keputusan ujian darah keluar doktor kata bilangan darah putih (white blood cell count) Salmi is off the chart. Sama ada bilangannya terlalu rendah atau bilangannya terlalu tinggi. Jadi, alat/mesin di klinik tu tak dapat nak baca jumlah sebenar bilangan darah putih Salmi. Doktor terus suruh pergi ke hospital untuk buat ujiah darah menyeluruh dan rawatan lanjut.

Malam itu hujan renyai-renyai. Kami berkereta ke hospital. Bila sampai hospital Salmi betul-betul dah demam panas dan sangat lemah. Terpaksa pimpin tangan bila berjalan. Berjalan pun tak boleh laju, perlahan-lahan je. Sampai di unit kecemasan hospital, orang sangat ramai. Riuh-rendah. Mungkin banyak accident sebab hujan. Tapi disebabkan kami ada surat doktor dari klinik, jadinya kami dapat keutamaan. Tak perlu ambil nombor giliran. Terus dapat masuk buat ujian darah.

Waktu itu lebih kurang pukul 11 malam. Jururawat dan doktor bertugas ambil darah Salmi untuk buat ujian darah. Doktor beritahu ujian darah biasanya ambil masa lebih-kurang 2 jam. Jadi dia suruh Salmi berehat di katil di hospital dan dia suruh aku balik rumah dahulu. Nanti kemudian bila dah ada keputusan dia akan telefon balik katanya. Kami pun ikut cakap doktor.

Sedang aku tidur-tidur ayam di rumah Salmi telefon aku dalam pukul 1 pagi dan beritahu aku jururawat dan doktor datang semula nak ambil darahnya lagi. Doktor kata nak buat ujian darah sekali lagi dan suruh dia sambung rehat lagi. Doktor pesan dalam 2 jam kemudian dia akan beritahu keputusan ujian darah tu. Aku dah syak sesuatu tapi aku fikir itu mungkin prosedur biasa.

Betul-betul lepas 2 jam dalam pukul 3 pagi Salmi telefon aku beritahu doktor suruh aku datang ke hospital segera. Ujian darah dah ada keputusan. Doktor hendak terangkan kepada kami yang Salmi sakit apa sebenarnya. Masa tu aku dah berdebar-debar dah. Tapi apa nak buat. Sebelum doktor cakap apa-apa aku tak boleh nak fikir macam-macam. Aku pun basuh muka lebih-kurang, terus aku pecut pergi hospital. Hujan masih renyai-renyai waktu aku drive ke hospital pagi tu.

Sampai di hospital, aku terus pergi ke katil Salmi. Dua tiga orang jururawat yang sedang buat kerja pandang-pandang aku semacam. Dari jauh aku dah nampak Salmi baring di katil. Aku tengok Salmi nampak lemah betul. Matanya bergenang air mata. Dia cuba tahan menangis atau baru lepas menangis. Aku tak pasti. Dia cuba senyum. Tapi tak menjadi. Waktu itu aku dah tahu, something is not right!

Doktor terus datang jumpa kami. Doktor kata keadaan Salmi sangat lemah dan dia ada berita yang tak berapa baik untuk kami. Doktor kata bilangan darah putih Salmi sangat tinggi. Manusia biasa selalunya ada 5 ribu hingga 11 ribu counts. Tapi bilangan darah putih Salmi waktu itu dah mencecah 95 ribu counts! Doktor kata mereka dah ulang ujian darah 2 kali untuk dapatkan kepastian.

Cuma ada 2 kemungkinan yang doktor boleh simpulkan daripada keputusan ujian darah tu. Salmi ada jangkitan kuman dalam badan ataupun lebih buruk lagi Salmi menghidap Leukemia. Tapi doktor tak boleh nak conclude banyak-banyak sebab katanya itu bukan expertise dia.

Aku dah sebak. Aku tengok Salmi pun dah menangis. Aku pegang tangan Salmi. Salmi genggam tangan aku lemah. Sejuk tagan dia.

Dia kata kalau ikut prosedur biasa, Salmi akan ditahan di wad malam itu juga. Esoknya doktor pakar akan datang untuk buat pemerikasaan penuh dan dari situ kita akan tahu apa penyakitnya yang sebenar. Tapi katanya hospital tu kurang doktor pakar terutamanya doktor pakar darah. Jadinya pemeriksaan dan rawatan seterusnya akan mengambil masa yang panjang. Boleh jadi seminggu hingga 2 minggu. Tapi kalau melihatkan keadaan Salmi waktu itu, dia memang dah tak boleh nak tunggu lama-lama.

Tiba-tiba doktor tu tarik tirai keliling katil Salmi. Dia tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia terus cakap:

"Both of you look like educated people. You are young and I can see that you were just got married. You have to understand that your wife could not wait any longer. If it is Leukemia that she is having, time is very crucial for her. She should receive immediate treatment. I guess for your case, I have to break protocol."

"To be honest, this hospital is not the place for her. I know which hospital has the most hematology expert in KL. You know, pakar hematology is pakar darah. It's Hospital Ampang. But unfortunately I could not recommend or refer her by myself to them because if I do so, they will put her in their waiting list. Your wife will lose a lot of time if that happen. She cannot be in the waiting list."

"If it is me, or it is my family member, I would leave this hospital now and walk in to Hospital Ampang emergency unit. I would ask and convince them to do the blood test again. I can assure you if your wife can produce the same result as she did here, which I believe she will, they will immediately admit her to their ward. They have their own quota and I know they would reserve a few beds  for their patients."

Aku, waktu itu, memang dah tak tahu nak buat apa-apa lagi. Otak aku memang dah tak boleh nak berfikir langsung. Terlalu banyak info yang aku kena digest dalam waktu yang singkat itu. Aku cuma boleh tanya doktor tu balik:

"What do you think doctor? What shoud I do? What should we do?"

Terus terang doktor tu cakap:

"If you stay, definitely your wife will be admitted to our ward. Starting tomorrow she will have to wait for our specialist to determine what is happening to her. But as I said to you earlier, we do not have enough specialists here, so this will cost your wife a lot of time. I suggest that you walk out this hospital now and go to Hospital Ampang immediately. They will take your wife. Only then she will be in good hands. Trust me."

"But before that you have to fill up this form saying that you understand your conditions and you on your own accord want to change hospital to get better treatment. I am sorry you have to sign it. It’s protocol."

Aku pun tak fikir banyak. Takde siapa aku boleh call untuk dapatkan info atau beri pandangan pagi-pagi buta tu. Aku terpaksa percaya je apa cakap doktor tu. Lagipun dia nampak ikhlas nak menolong. Salmi pun setuju ikut cakap doktor tu. Lepas aku siap isi borang semua aku papah Salmi berjalan keluar.

"Remember, please bring your wife to Ampang now. Do not wait. Do not delay. Please. And while you're there it is better if you do not mentione my name."

Sebelum kami keluar sempat lagi doktor tu pesan. Waktu tu aku rasa memang doktor tu kesian tengok kami dan dia betul-betul nak tolong kami.

Bila kami keluar, hujan masih renyai-renyai. Kami terus ke kereta. Sampai dekat kereta aku tengok Salmi masih menangis. Aku tahu, dia sedih. Aku tahu dia takut. Walau macam mana pun aku cuba tenangkan dia. Aku cakap kita masih belum tahu dia sakit apa sebenarnya. Doktor tadi cuma bagi hint dan wild guess je. Biar sampai ke Hospital Ampang dulu dan periksa darah semula. Tengok apa doktor sana cakap pula. Mana tahu semua ni adalah false alarm je. Tapi deep down sebenarnya aku pun takut juga. Sama-sama kami berdoa kepada Tuhan minta jauhkan dari segala penyakit dan kesusahan.

Dalam hujan renyai-renyai, jam lebih kurang pukul 3 setengah pagi, kami bergerak ke Hospital Ampang. Aku cakap pada Salmi:

"Bee, everything gonna be just fine. It's okay. Awak tidur dulu."

***bersambung...

Monday, May 17, 2010

#33 - Berita Tergempar

Pada 17 Mei 2010, isteri saya disahkan menghidap leukemia. Acute Myeloid Leukemia (AML) adalah sejenis kanser darah. Salmi menulis:

HELLO, I'VE BEEN AWAY FOR QUITE A LONG TIME HAVEN'T I? UNFORTUNATELY TO SAY, I'VE BEEN DOWN WITH LEUKIMIA, RECENTLY DIAGNOSED. I'M UNDERGOING TREATMENT AT A LOCAL HOSPITAL. HOPEFULLY I CAN FIGHT THROUGH THIS. LOVELY READERS, PLEASE PRAY FOR MY SPEEDY RECOVERY. THAT'S ALL I HAVE TO SAY. TILL LATER.

p/s: thank you everyone for the thoughtful emails and comments, it means a lot to me ♥

For those who pray and care for her, those who call and came visit, those who support and donate money, we appreciate your kindness, concern and wishes.

Please pray for her speedy recovery.

Thank you.

Friday, April 2, 2010

#32 - Hari Pernikahan



Di sebalik macam-macam cabaran, halangan dan kesulitan yang dilalui.
Di sebalik penat-lelah dan suka-duka yang ditempuhi.
Setelah berbagai-bagai ujian, pengalaman dan anugerah yang dikecapi.
Segala penantian terlerai.
Segala usaha terbayar.
Segala-galanya berbaloi.
Tanggal 2 April 2010 akhirnya saya dan Salmi selamat diijabkabul.

Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar.
Walaupun 'ketar', satu kali 'hejut' je dah lepas.

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan yang hadir ke majlis walimah kami.


Monday, March 1, 2010

#31 - 1 Mac dan 2 April ...

Hari ni 1 Mac.
Gua menikah 2 April.
Skang gua masih kat Jepun.
20 Mac baru balik.
Kalau kerja tak selesai, sambung (extend) 1 minggu lagi.
27 Mac baru boleh balik.

Kalau lu jadi gua, lu menggelabah ke tak?

Haann...