Monday, April 13, 2009

#27 - Kenapa Aku Rasa Berat Badan Aku Naik Walaupun Aku Susah Nak Cari Makan?

Sudah genab satu minggu aku tak dapat makan daging lembu, daging kambing dan daging ayam. Apalagi nasi beriyani. Dalam mimpi pun belum tentu.

Setiap kali makan tengah hari dan makan malam; menunya sentiasa sama. Ikan, udang, sotong, belut dan ulang semula. Kuantiti lauk pun sedikit. Hanya secebis. Ikan, udang, sotong, belut dan ulang semula. Semuanya terasa kicap manis, kicap masin, kicap masam dan segala macam kicap. Bosan weh!

Waktu-waktu begini, akan terkenang betapa kita semua sebenarnya lemah. Macam mana Mat Fit ketagih gam, macam tu juga aku ketagih beriyani gam.

Hujung minggu lepas aku dapat 'obat'. EBI Filet-O, Fish-O Filet dan ulang.
Ya. Ulang semula. Kali ini untuk lunch dan dinner, termasuk supper.

Hidup seperti sudah lengkap dan dunia terasa sangat indah selepas itu.

3 comments :

Hazree said...

oit. bila balik? kapal aku mendarat jumaat april 17 pukul 11 pagi.

Pherry Clucker said...

aku balik sini sabtu malam. kau spend la mase dengan family dulu. senin, selasa kita klua la minam.

dinsman said...

adeh
dgr citer mcm sama dgn saya kat sini
cuma beza, kat sini byk makanan best, tapi tak leh makan, kene seksa diet ngan adek
hahahahaa