Monday, February 2, 2009

#24 - Berapa?

Terlalu ramai yang tak pernah dengar.
Banyak yang tak ingat.
Hanya sedikit yang tahu.
Ni. Atuk mau cerita...

Safian Gulam Rabani (1916-2006)

Baru-baru ini aku terjumpa Panduan Sifir Sukatan dan Timbangan (Melayu/British). Teringat masa Atuk aku bercerita tentang sukat dan ukur. Dia memang suka bercerita. Orang Melayu kita memang tinggi ilmu pengetahuannya. Bahasa Melayu kita memang kaya tatabahasanya. Ini sedikit sedutan daripada pembacaan aku:

Panjang (kain)
2 pelempap = 1 jengkal
2 jengkal = 1 hasta
2 hasta = 1 ela
1 ela berapa meter?

Isi
2 kepul = 1 leng
2 leng = 1 cupak
2 cupak = 1 arai
2 arai = 1 gantang
1 gantang berapa liter?

Berat
16 tahil = 1 kati
100 kati = 1 pikul
40 pikul = 1 koyan
1 koyan berapa tan?

Dipetik dari Hilang Punca:
"...tak ke berkoyan koyan duit aku..."

Pipiyapong, 1 koyan berapa tan beb?

2 comments :

pipiyapong said...

Hahaha..cilakak. Dah terjerat gua ni. Banyak weh satu koyan tu. Sampai gua tak boleh nak ukur..

Pherry Clucker said...

1 koyan tu lebih kurang 2 tan setengah beb.
Kaya sial kalau ada duit berkoyan-koyan