Tuesday, December 9, 2008

(2.1) Aku Budak STAR : Pra Hari Pertama

Petang itu. Sedang aku asyik menonton Gaban di kaca televisyen. Sambil jilat ais pop. Sambil makan cucur ikan bilis panas.  Makcik Zan datang. Makcik Zan kerani sekolah aku. Merangkap ahli mesyuarat tingkap kawasan perumahan yang aku tinggal. 

Macam petang-petang lain dia akan terus meluru ke dapur mencari mak aku. Macam petang-petang lain juga macam biasa aku akan buat tak peduli. Tak pandang pun muka dia. Tapi petang itu tidak. Dia tidak meluru ke dapur mencari mak aku. Dia duduk sebelah aku. Tonton Gaban di kaca televisyen dengan aku. Makan cucur ikan bilis panas aku. 

Yang ini aku peduli. Aku pandang muka dia.

"Makcik Zan. Kalau nak cucur pergi lah amik kat dapur. Yang ini Ajoi punya", aku buat muka bengang.
"Alah, satu pun kedekut?", sambil dia lahap mengunyah.
"Yelah. Orang dah amik cukup-cukup je ni", aku cebik bibir.
"Sedap pulak cekodok mak kamu ni", laju tangan dia mencapai cucur ikan bilis panas.
"Sedap ke lapar? Amik dua pulak tu!"
"Pergi lah amik sendiri kat dapur tu", tumpuan aku pada Gaban sudah hampir terjejas.
"Tahi hidung masin betul lah budak ni", sambil dia calit minyak cucur ikan bilis panas dari jari dia ke pipi aku.
"Apa ni? Pengotor lah Makcik Zan ni. Geli lah", nasib baik Gaban tengah lawan Raksasa Gorgon. Kalau tengah iklan dah lama aku hentak perut Makcik Zan.

Sambil dia ke dapur. Sambil dia mengomel. "Aku dari pejabat tadi. Kamu dapat surat daripada Kementerian nun ha. Siap ada Jata Negara. Siap ada logo SBP".

Kementerian? Jata Negara? Logo SBP? Apa benda SBP tu? Kali ni tumpuan aku betul-betul dah hilang. Gaban menang atau kalah aku dah tak peduli lagi. Tak mengapa. Macam mana kuat Raksasa Gorgon tu sekali pun, Gaban mesti menang punya. Kalau agak-agak dah nak kalah pun, Naga Gaban mesti tolong punya.

Aku mengekor Makcik Zan ke dapur. 

"Mak kamu takde. Motor takde. Ke kedai depan lah tu gamaknya", dia patah balik ke pintu hadapan.
"Surat apa Makcik Zan oi?", aku ingin tahu.
"Takpe lah. Nanti malam aku telefon mak kamu", terkedek-kedek dia berjalan balik ke rumah.

Lemah betul aku dengan perangai orang tua-tua ni. Cakap sekerat-sekerat. 

Surat apa agaknya yang sampai ke pejabat? Entah-entah surat daripada wakil rakyat hendak beri hadiah UPSR 4A? Kalau tak pun, mungkin PPD hendak beri baucar Snack Plate? Untungnya dapat makan KFC. Kalau dapat dua-dua, boleh makan dan beli jam tangan kereta kebal KFC. Style! Jam tangan kereta kebal? Jam tangan Kalkulator Casio pun boleh tahan juga. Lagi style

Budak usia dua belas tahun macam aku memang tamak. 
Kalau boleh semuanya hendak. 
Beli itu . Beli ini. 
Tak fikir masa depan langsung. 

"Gaban Z, potong dua."
"Tebaabooom!"
Mata aku terpaku ke kaca televisyen.
Menang lagi Gaban minggu ni.

***

7 comments :

g h o s t said...

teringat cerita dulu2 jugak masa mula2 dapat surat tawaran masuk asrama. menjerit2 dekat mak. tapi bila sampai tarikh daftar, kecut perut dibuatnya. greetings =]

Jay said...

nk add link boleh???

Pherry Clucker said...

ghost: perasaan masa dapat surat tawaran tu memang seronok. masih teringat-ingat perasaan tu.
Jay: boleh, apa salahnya.

Hazree said...

Thonk,
aku boleh buat 2 kesimpulan di sini.
1) kau buruk lantak
2) kau kemut

hahahahhahahh

G N D D

suya said...

he man lagi best..huhu

Hazree said...

Thonk,
aku boleh buat 2 kesimpulan.
1) kau kuat makan cekodok
2) kau kedekut cekodok

hahahahahahah.

GNDD

yoshz said...

weh gaban lawan resaksa gorgom ke? bukan flashman?

kau dah salah citer ni..