Showing posts with label Walimah. Show all posts
Showing posts with label Walimah. Show all posts

Friday, April 2, 2010

#32 - Hari Pernikahan



Di sebalik macam-macam cabaran, halangan dan kesulitan yang dilalui.
Di sebalik penat-lelah dan suka-duka yang ditempuhi.
Setelah berbagai-bagai ujian, pengalaman dan anugerah yang dikecapi.
Segala penantian terlerai.
Segala usaha terbayar.
Segala-galanya berbaloi.
Tanggal 2 April 2010 akhirnya saya dan Salmi selamat diijabkabul.

Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar.
Walaupun 'ketar', satu kali 'hejut' je dah lepas.

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan yang hadir ke majlis walimah kami.


Monday, March 1, 2010

#31 - 1 Mac dan 2 April ...

Hari ni 1 Mac.
Gua menikah 2 April.
Skang gua masih kat Jepun.
20 Mac baru balik.
Kalau kerja tak selesai, sambung (extend) 1 minggu lagi.
27 Mac baru boleh balik.

Kalau lu jadi gua, lu menggelabah ke tak?

Haann...

Wednesday, January 21, 2009

#23 - Tanda, Tilik, Cincin Belah Rotan dan Bumbu Bali

Sekitar awal tahun lepas
Aku: Mak. Cincin tanda tu ape mak?
Mak: Itu pun kamu tak tahu ke? Bila orang kita nak pergi menilik anak dara orang, kena la bawa cincin tanda.
Aku: Tilik?
Mak: Menilik tu merisik. Bila dah kompom pasal bertunang, pasal meminang, pasal menikah sume, kita bagi la cincin tu tanda persetujuan. Selalunya cincin belah rotan je.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong sambil angguk-angguk)

Sekitar awal tahun ini
Aku: Mak. Nak pergi beli cincin tanda ni. Mak nak ikut?
(Mak aku buat muka terkejut ala-ala exited)
Aku: Next two weeks mak dengan ayah kena tolong pergi merisik tau.
Mak: Takpelah. Ajak Adik. Lagipun kereta dah tak muat kan?
Aku: Ok. Betul ni mak?
Mak: Betul. Adik boleh tolong pilih. Berape budget kamu?
Aku: xxx CENSORED xxx
Mak: Kamu dah buang tebiat ke? Tak terkejar kamu nanti. Cincin tunang lagi. Cincin Nikah lagi.
(Berkerut dahi mak aku)
Mak: Kamu beli yang murah-murah dah. Belah rotan.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong lagi sambil angguk-angguk)

Hari yang sama sekitar awal tahun ini
Mak: Mana cincin? Bak sini mak tengok.
Aku: Ni.
(Aku bagi bekas cincin pada mak)
(Mak aku buka kotak cincin. Belek-belek cincin. Berkerut dahi mak aku)
Mak: Cantik. Elok pulak kat mak kan? Bagi mak la.
Aku: Hisshh mak ni. Tak malu langsung. Beli la sendiri.
Mak: Kedekut. Belah rotan je pun.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu. Macam cincin ni lah.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong lagi sambil angguk-angguk)
Mak: Cantik cincin ni. Untung Ami.

Malam semalam
Aku: Selepas bertahun-tahun... Bee, Naz rasa awaklah orangnya...
(Ami. Bergenang. Sikit-sikit.)