Wednesday, January 21, 2009

#23 - Tanda, Tilik, Cincin Belah Rotan dan Bumbu Bali

Sekitar awal tahun lepas
Aku: Mak. Cincin tanda tu ape mak?
Mak: Itu pun kamu tak tahu ke? Bila orang kita nak pergi menilik anak dara orang, kena la bawa cincin tanda.
Aku: Tilik?
Mak: Menilik tu merisik. Bila dah kompom pasal bertunang, pasal meminang, pasal menikah sume, kita bagi la cincin tu tanda persetujuan. Selalunya cincin belah rotan je.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong sambil angguk-angguk)

Sekitar awal tahun ini
Aku: Mak. Nak pergi beli cincin tanda ni. Mak nak ikut?
(Mak aku buat muka terkejut ala-ala exited)
Aku: Next two weeks mak dengan ayah kena tolong pergi merisik tau.
Mak: Takpelah. Ajak Adik. Lagipun kereta dah tak muat kan?
Aku: Ok. Betul ni mak?
Mak: Betul. Adik boleh tolong pilih. Berape budget kamu?
Aku: xxx CENSORED xxx
Mak: Kamu dah buang tebiat ke? Tak terkejar kamu nanti. Cincin tunang lagi. Cincin Nikah lagi.
(Berkerut dahi mak aku)
Mak: Kamu beli yang murah-murah dah. Belah rotan.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong lagi sambil angguk-angguk)

Hari yang sama sekitar awal tahun ini
Mak: Mana cincin? Bak sini mak tengok.
Aku: Ni.
(Aku bagi bekas cincin pada mak)
(Mak aku buka kotak cincin. Belek-belek cincin. Berkerut dahi mak aku)
Mak: Cantik. Elok pulak kat mak kan? Bagi mak la.
Aku: Hisshh mak ni. Tak malu langsung. Beli la sendiri.
Mak: Kedekut. Belah rotan je pun.
Aku: Belah rotan?
Mak: Alah. Cincin biasa-biasa. Cincin yang takde batu tu. Macam cincin ni lah.
Aku: Ooooo ...
(Aku melopong lagi sambil angguk-angguk)
Mak: Cantik cincin ni. Untung Ami.

Malam semalam
Aku: Selepas bertahun-tahun... Bee, Naz rasa awaklah orangnya...
(Ami. Bergenang. Sikit-sikit.)


4 comments :

T I N A said...

alololololo!
skang ni dah hafal ke belum cincin belah rotan tu maksudnya apa?

Sindiket Soljah said...

Yo,

Tahniah bro. Cantik cincin tu. Semoga kekal hingga ke akhirnya. Kami doakan yang terbaik untuk kamu.

Dah dapat Romlah?

lumachroma said...

Tina: Thanks fashionsistah. Lepas ni turn awak pulak okay.

Sindiket Soljah: Romlah memang WORLD! Aku cadang nak baca slow-slow. Alih-alih terhabiskan semua in one go. Nanti ada kesempatan aku buat review. korang memang show lah.

Sham Kamarul said...

masa menilik kna kompom kn tunang n nikah ke....yg ni tk tau plak aku ni