Wednesday, July 29, 2009

#30 - Emak I

Minggu lepas aku telefon Mak aku.
Aku: Mak. Mak tengah buat apa tu?
Mak: Tak buat apa-apa. Mak tengah renung pokok mempelam mak tu.

Esoknya aku telefon Ayah aku.
Aku: Ayah. Ayah sihat ke? Mak mana?
Ayah: Ayah sihat. Mak kamu tengah intai pokok mempelam dia tu.

***

Mak memang suka buah-buahan. Terutama durian dan mempelam. Seingat aku banyak kali mak tanam pokok mempelam di depan rumah. Kami sekeluarga kerap pindah-randah. Setiap rumah yang kami duduk mesti mak tanam pokok mempelam di depan rumah. Sekarang kami tak pindah lagi. Sebab ayah aku dah duduk rumah sendiri.

Macam rumah-rumah yang lain, mak tanam pokok mempelam di depan rumah ni juga. Dan pokok mempelam yang ini yang menjadi. Waktu aku balik minggu lepas, pokok mempelam mak tengah berbuah. Pokoknya rendah saja. Tapi buahnya lebat. Lebat yang amat. Padanla hari-hari mak renung pokok mempelam dia.

***

Aku: Kenapa pokok mempelam mak banyak buah? Mak baja ya?
Mak: Baja pun mak bubuh jugak. Tapi bini Ah Meng ada ajar mak hari tu.
Aku: Bini Ah Meng yang garang tu?
Mak: Garang-garang dia pun kadang-kadang dia bersembang juga dengan mak. Mak tanya dia kenapa mempelam dia lebat? Dia kata dia beli garam setegah kati. Lepastu dia tanam garam tu tiga kaki dari pokok mempelam dia. Apalagi mak pun cuba lah.
Aku: Padanlah.

***

Dalam peti ais ada empat biji mempelam yang mak bagi. Belum kupas lagi. Esoklah.

4 comments :

dinsman said...

nak mempelam
tak sabar nak balik makan pelam time bebuka
nyum3

emopsychostar said...

what's mempelam?

Pherry Clucker said...

dinsman: by the time hang balik, pelam dah habih dah.
emo: 'mempelam' is 'mangga' or mango.

Ms.Silent said...

hm...tips bagus nih. aku pon nk tanam pelam jugak la!