Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, March 2, 2009

#25 - Kalau Macam Ini, Aku Pun Boleh Jadi Wakil Rakyat

Tahun lepas, waktu lebih-kurang macam sekarang, aku balik kampung. Tujuan utama; nak mengundi. Pertama kali aku mendaftar jadi pengundi ialah waktu pilihanraya umum ke-12. Tahun lepas. Pilihanraya umum ke-11, empat tahun lepas, aku dah boleh mengundi tapi aku tak mendaftar.

Itu dulu. Zaman gelap aku. Daftar pemilih? What the hell? Aku lebih rela main WarCraft daripada main bola. Aku lebih senang mengadap internet daripada mengadap buku. Lebih kerap tidur siang daripada pergi kuliah. Lagi baik sembang pum pang pum pang kat kedai kopi. So, untuk balik kampung semata-mata pergi mengundi memang langsung tak munasabah. Itu dulu. Zaman gelap aku.

Tapi. Tahun lepas, dengan rasa penuh tanggungjawab dan prihatin, aku ambil cuti semata-mata untuk pergi ke pejabat pos buat daftar pemilih. Dua minggu sebelum 8 Mac, aku dah sibuk-sibuk ke laman web SPR buat semakan daftar pemilih. Dua hari seblum 8 Mac, aku dah sibuk-sibuk, ambil cuti balik kampung. Maklumlah nak pilihanraya.

(Sia-sia usaha aku)

Pilihanraya konon. Hak tuih!
Sekarang dah hampir setahun Pilihanraya Umum Ke-12 berlangsung.
Baik kerajaan. Baik pembangkang.
Baik Melayu. Baik Cina. Baik India.
Habuk pun tarak. Masih main politik lagi. Kerja satu pun tak buat lagi.
Dah setahun! Sudah-sudahlah main politik tu. Buatlah kerja.

Kamu tu dah jadi 'Yang Berhormat'.
Kamu dah jadi 'Wakil Rakyat'.
Kerjalah dengan cara terhormat.
Berkhidmatlah untuk rakyat.
Ini tidak. Hari-hari main politik.
Kalau macam ini, aku pun boleh jadi wakil rakyat.

Wednesday, August 27, 2008

#11 - Pertandingan Populariti

Dalam pertandingan populariti, yang menang selalunya mesti dari kalangan yang popular. Yang popular itu mestilah terampil, kaliber dan bagus. Itu kebiasaan. Kadang-kadang, kebiasaan boleh jadi luar biasa, bila pertandingan populariti, pemenangnya popular sahaja yang lebih. Terampil, kaliber dan bagus tidaklah sangat.

Damn it!

Pemenang pertandingan populariti lazimnya akan menentukan trend dan hala tuju kelompok yang terlibat. Masalah timbul bila pihak-pihak yang bertanding masing-masing tahap keterampilannya teruk dan tidaklah bagus. Yang menjadi mangsa adalah kelompok yang terlibat tadi. Tidak kira mereka-mereka ini adalah peminat-peminat si pemenang ataupun sebaliknya. Semuanya bakal menerima padah akibat ketidakterampilan pemenang.

Lebih buruk lagi elemen kebencian ditiup kedalam atmosfera pertandingan populariti itu. Umumnya pihak yang bertanding terlebih dahulu ada peminat setianya dalam kelompok yang terlibat. Mana mungkin bertanding tanpa peminat? Jadinya jumlah peminat pihak-pihak yang bertanding akan menentukan kemenangan mereka ini. Jika jumlah peminat meraka ini hampir sama banyaknya, maka kemenangan boleh dikatakan akan ditentukan oleh mereka-mereka yang berdiri di atas pagar dalam kelompok yang terlibat.

Sekiranya pihak yang bertanding itu dibenci oleh kelompok tersebut, lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang berdiri di atas pagar ini, sudah tentu kemenangan mudah akan memihak kepada pihak yang satu lagi (tidak dibenci) walaupun pihak ini tahap keterampilannya sama teruk malah lebih buruk daripada pihak yang dibenci.

Bahayanya disini pemenang mesti disanjung dan diikuti walhal bagusnya tidak.
Tin kosong.

Sampai bila agaknya mereka-mereka yang tidak kaliber ini ingin bertanding dan merosakkan kualiti pertandingan populariti itu? Sepatutnya pihak-pihak yang bertanding dalam pertandingan populariti tadi mestilah terampil, kaliber dan bagus. Barulah pertandingan itu akan menjadi lebih berkualiti, bermakna dan berkesan.

Yang terjadi hari ini adalah sebaliknya.
Tidak bagus pun mahu bertanding (tidak tahu malu agaknya, gila populariti mungkin).
Pertandingan menjadi tidak bermakna.
Pemenang langsung tidak berkesan!

Selagi keadaan ini berterusan, nasib kelompok yang terlibat tidak akan terbela dan terjaga. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah kelompok yang terlibat tadi.

Padan Muka.