Saturday, December 4, 2010

#38 - Ami; Pahlawan Kucing Melawan Kanser


Ami the Cancer-fighting Cat by Moon HMZ, December 1, 2010. 
She said "I made this drawing for Ami a.k.a sputniksweetheart to show my support :)"

Sebagai seorang pesakit kanser, Ami sangat tabah. Melawan kanser bukanlah satu perkara mudah. Ia membabitkan nyawa. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kegigihan yang konsisten untuk terus 'berperang' dengan kanser. Rawatan kanser seperti kemoterapi (Chemotherapy) dan transplantasi (Bone Marrow Transplant) adalah rawatan yang menyakitkan dan membawa sengsara.

Kesan-kesan sampingan daripada rawatan kanser sangat dasyat. Anemia, jangkitan penyakit, kelesuan, kemurungan, keguguran rambut, hilang selera makan, mual, muntah dan masalah kesuburan adalah kesan-kesan sampingan yang rutin bagi pesakit-pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi. Bahkan ada pakar berpendapat kemoterapi itu kesan sampingannya boleh menyebabkan kanser. Bayangkan ubat kanser itu sendiri juga boleh menyebabkan kanser!

Tapi kalau tak dipecahkan ruyung; manakan dapat sagunya. Usaha itu tangga kejayaan.

Berkat kesabaran dan usaha yang gigih, juga doa yang berpanjangan, Ami sudah hampir sembuh. Penyakit kanser Ami telah mereda. Ami kini berada pada tahap remission. Rawatan susulan selepas ini mungkin lebih bersifat pencegahan supaya kansernya tidak datang semula atau relapse.

Peluang untuk sembuh sama sekali sudah ada harapan. Alhamdulillah.

Sepanjang hampir enam bulan kami kombat kanser ini, bukan Ami seorang sahaja yang perlu berusaha. Orang-orang sekeliling juga harus diberi kredit. Doktor-doktor dan para jururawat yang telah bertungkus-lumus membantu Ami. Orang-orang seperti suami, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, teman-teman dan sahabat-handai juga memainkan peranan penting dalam survivorship Ami.

For those who pray and care for her, those who call and come visit, those who support and donate money, we appreciate your kindness, concern and wishes.

Lets pray for her speedy recovery.

Kepada mereka yang berdoa dan mengambil berat untuk Ami, mereka yang bertanya khabar dan datang melawat, mereka yang menyokong dan menyumbangkan wang, aku dan Ami sangat-sangat menghargai kebaikan, perhatian dan ucapan selamat anda semua.

Doakan Ami ya.